Tuesday 7 April 2015

Kembali

"Ini adalah salah satu sebab kukuh kenapa saya perlu kembali ke sana. Kembali mengubati trauma anak-anak ini, kembali membebaskan impian masa depan, kembali menyebar cinta & sayang kepada mereka, kembali untuk senyum gembira. Kembali untuk memberi harapan bahawa kehidupan ini belum berakhir. Dengan izin Allah. Memuliakan anak-anak. Its sunnah."

Malina
26 February 2015

Soleh yang soleh

Soleh, anak istimewa yang berumur 15 tahun namun berfizikal seperti anak 6-7 tahun. Cergas, boleh menerima arahan, faham apa yang kita cakap, mesra, tertib, happy sokmo. Soleh tak mampu bercakap dengan lancar, tak mampu untuk mengawal perkumuhan. Soleh anak yang soleh yang paling mesra antara yang lain. Ketawa Soleh yang memberi harapan kepada kami untuk membangunkan kembali 'Resort' Dusun Nyior ini. Biiznillah. 

26 January 2015

"Maghi la..."

"Maghi la sini lagi...". Makcik ini berkata dengan wajah berharap.

Saya senyum...

"Maghi la... Tok yoh bowok gapo pun takpo".
Makcik ini sambung lagi. Kawan-kawannya di sebelah mengangguk angguk, juga dengan wajah penuh berharap.

"Maghi la...Kito kecek kecek gini pun cukup doh. Suka raso bilo ado ore maghi buat kecek kecek gini". Beliau tersenyum...

Alhamdulillah, rezki kami untuk berusrah bersama makcik makcik.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, makcik makcik menerima kehadiran kami dgn gembira. Walaupun apa yg kami sampaikan hanya pengisian biasa.

"Inshallah mokcik.. Kami gembira sangat datang sini. Inshallah kami datang lagi."

"Semua di sini dah jadi keluarga kami." Malina menambah.


Mija Azmiza
26 February 2015

Buka Mata

 

"Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan peluang kepada saya menjejakkan kaki untuk merasai pengalaman bersama penduduk-penduduk kampung Dusun Nyior. Sepanjang saya berada di sana saya berasa insaf melihat kekuasaan Allah. Astaghfirullahalazim, Subhanallah... Satu kekuasaan yg tidak tercapai dek akal manusia. Degan sekelip mata, harta benda hilang... Bak kata pepatah Melayu "Malang tidak berbau". Walaupun saya tidak mengalami sendiri musibah ini, tetapi hati saya turut tersentuh kerana Pantai Timur Kelantan tempat kelahiranku... itu sahaja yang dapat saya kongsikan semasa saya berada di kampung Dusun Nyior." Fatin Syahirah.

Tekad

Tekad ini membuat aku ke mari
Tekad ini membuat aku membulatkan hati memilih jalan ini
Bertemu dgn insan yang aku sendiri tidak kenali
Insan itu yg mengajar banyak erti... erti memberi dan mengasihi.

Tekad itu sikit tidak ku kesali,
Kerana ia mengajar aku belajar untuk mensyukuri nikmat Ilahi,berbanding mereka yang gagah di uji
Tekad ini mmbawa aku menyusuri Sungai Kelantan yang menyentuh hati sanubari
betapa hebat kuasa Ilahi,menenggelamkan seluruh dusun ini supaya kita mengerti,
tiada makna hidup sendiri-sendiri.

Tekad ini mmbawa aku berjumpa mereka,
Mereka yang diuji sebesar musibah, tapi tiada langsung riak duka di wajah
kita diuji sedikit, tapi seringkali mengungkit ungkit nikmat yang sedikit 
Lalu aku terus TEKAD DAN NEKAD..
Cukuplah aku yang dulu... ditinggalkan bersama gelora di sungai ini
Untuk terus menjadi aku hari ini yang berjanji untuk terus memberi...
Dan belajar mensyukuri setiap nikmat yang diberi.

aku yang dulu bukanlah yang sekarang. 
Lia
Sisters of Ground Zero

Hujan

Ketika kami ingin melangkah pulang,
Turunlah hujan yang membawa seribu rahmat,
Sungguh aku teruja ,sungguh aku terharu ,
Dan yang membuat aku terhibur pabila melihat keletah dua anak istimewa itu ,
Mereka bermain di dalam hujan dengan gembira sekali,membiarkan hujan membasahi mereka,
Sebagaimana hujan membasahi kampung Dusun Nyior ini.

Terus laju aku menadah tangan,

Berdoa didalam hati,
Agar hujan yang turun ini adalah hujan rahmat,
Agar hujan yang turun ini membawa pergi dosa dosa kami,
Agar hujan yang turun ini juga dapat menyejukkan bumi yang kian panas
Alhamdulillah.. 
Terima kasih Ya Allah...
Ya Allah, 
moga hujan yang turun ini juga dapat melembutkan hati2 kami dan dapat mengeratkan lagi ukhwah kami semua.

-FATHIMAHSANPUZI-